About Me

My photo
Melaka, Ayer Keroh, Malaysia
Currently using this blogger

Monday 28 January 2019

Cerita 8Tahun Lepas

Hai...jumpa ag kita yek..rini ak ase thingtong sbb tak tw nk buat ape..mybe ak terlalu byk hbeskan masa dgn bedroom, Si Kenit n anak2nye yg comey2 belaka...n xlupa BEAR kesayangan aku...act, mmg xtw ape ak nk tulis ni...blurr sgt2...tp, hati memaksa tgn tuk tulih smething tuk UPDATE blog nih..

Rini jugak tanggal 7mei 2011...sambutan hari IBU sedunia...Hadiah tuk IBU..aku berikan CIUMAN khas..Sbb ak tw xselalu ak dpt kiss Ibu camtu...ni antara aku n Ibu je...hehe..Niat hati nk keje sbb 2bulan Cuti kn...Tp, Ibu halang cz Ibu kata nnt Ibu xde teman...Aku pelik gak sbb pe kn...Padahal Adek gUrl aku yg bongsu ade je...slma ni pon adek aku temankan...Bila menungkan...Mybe ibu nk habeskan masa dgn aku...yela...aku kn blajaQ jauh nUn di Kedah...nnt Bln7 Ni daftar sem Baru pulak....kejap je dah Masuk Tahun 3 kt sane...YA ALLAH...Moga kau permudahkan segala urusan pembelajaran aku disana...amin.....

Nanti xlama ag result SEM4...kuaQ...xsabaQ nk tunggu Result sebab aku ase keputusan aku GEMPAQ..Huhu...Syok sendiri plak yek...hmmmm...
Tak taw nk citer pe ag...Yg penting rini aku ase mcm2 prasaan...
mujurlah Kucing kesayangan aku n anak2 dia menghiburkan hati aku...lihat telatah dorang bergurau...aku rase terhibur skali...
Stakat tu je kot...Jumpa ag tuk tajuk yg len okehh...bubye...

Monday 30 January 2012

*10 Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang*


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAINIngat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRISi dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita. 

*Khasiat Buah Betik*

Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’ oleh anak-anak . Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae, betik adalah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.

Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum buah betik. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.
Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
  • 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
  • 92.1g air,
  • 1.0g protein,
  • 0.1g lemak,
  • 13.5g karbohidrat,
  • 0.5g serat,
  • 0.5g abu,
  • 31.0mg kalsium
  • 0.8mg magnesium
  • 17.0mg posporus
  • 1.0mg zat besi
  • 2.0mg sodium
  • 337.0mg potasium
  • vitamin B sebanyak 0.08mg,
  • vitamin B2 (0.12mg)
  • niasin (0.1mg
  • vitamin C (69.3mg)
  • karotin (2431ug)
Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.
Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.
Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.
Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.
Bunga betik selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, boleh juga direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun, cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. Jadi, jika anda menanam pokok betik dan hairan mengapa ia tidak berbuah walaupun banyak mengeluarkan bunga, jangan marahkan pokok betik tersebut. Ia sebenarnya pokok betik jantan.
bunga betik betina
bunga betik jantan
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
biji betik
biji betik (closed up) yang kering
Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
Di samping itu berikut adalah khasiat lain betik ;
  • Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  • Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
Walaupun terdapat pelbagai kelebihan dan khasiat memakan buah betik dan daunnya untuk kesihatan, namun penggunaannya hendaklah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.

Sunday 29 January 2012

*Kita Kongsi Warna Mata Tapi Tidak Warna Hati*

Assalamualaikum...

Syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat aku menulis Blog sekali lagi. Setelah 6bulan ak xmeng UPDATE story yg baru..hmmm..tetiba rase rindu nk menulis sesuatu tuk korg..Kisahnya bermula dari sini......


First day di kedah Bulan 8 2011, dengan hanya kami berdua (asma` dan ak) sahaja yg tinggal dalam umah sewa ni..bertawakkal ap jua terjadi..kna hadapi dgn tenang..dalam pikiran mmg serabut dgn nk dapatkan penyewa baru. dengan kuasa Allah..ade 2org pnyewa masuk, alhamdulillah..:) next people ade 2org lg nk masuk..makin girang hati aku..ckuplah smpai 6 org ahli dlm umah ni..smuanya berkat doa org2 yg teraniaya..say alhamdulillah again..

                                                                
Tapi, semuanya berubah bila dah masuk Tahun Baru...2012..2org dri ahli rumah aku mahu berpindah. 1org sbb da sarat mengandung, 1org lg nak duk dgn kwn bek dia...almaklumla..nak duk dengan yg SEKUFU..whateva la..-.-. Apepn, aku tetap lalui dengan tenang n tabah..meskipun bermacam kejadian yg menimpa..atas sebab salah faham. Perkara yg kecil mahu diperbesarkan..so damn!! ape yg penting hidup mesti diteruskan..


Alhamdulillah, dpt panggilan yg ade 3org mau masuk umah ni..smuanya budak melaka jugak...thank to Allah...kerna DIA sangat memahami ape yg ak rasakan ketika itu..MIX Feel..hmm...nk nagis pun ade time tu....Tak pe skrg ak dh dapat kawan yg baru...nk knal x AHLI BAIT ak yg baru tu....?? Jom lihat...


 *Kami*

Stop kt Cni dlu la...Nt sy smbung lagi...nak siap g kelas method...da lambat...!! choww~

Wednesday 13 July 2011

Setibanya di Bumi KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum..hai, bersua kita kembali..hope kwn2 yna smuanya sehat walafiat :)


Kali ni yna nk kongsi dengan kwn2 semua ttg ape yg berlaku sejak mula2 yna kembali study di KEDAH ni..
Critanya cmni..pada 9julai 2011, jam 7.30am, yna tiba di bumi kedah..mcm2 prasaan yna simpan kt dalam hati ni..teringat kat family yg jauh di MELAKA sne..apepn, yna kena kuat semangat sebab kwn yna yg Asma` ni agak sedih mengenangkan family yg jauh di mata...Klu yna pn sedih..nnt kwn yna ni lagi sedih..so, Be a strong woman :)

- Ni la bas yang yNa naik dari Melaka ke Alor Setar, besar n cantik kn?? -

Pastu, kami perkena breakfast kt gerai berhadapan dengan rumah sewa kami. Yna mam roti canai 0 2keping n neslo ais..Asma` pulak mkn capati n air limau ais...

- Makanan pilihan yNa -

- Makanan pilihan Asma` my frenz -

- Ni air pilihan kami berdua Neslo ais n Limau ais -

Lpas dah kenyang, kami masuk rumah sewa...dalam pikiran terbayang2...cmnela keadaan rumah sewa yg sudah ditinggalkan 2bulan...hurm..masuk2 yna mulakan dengan Assalamualaikum n baca la sket Alfatihah n ayat kursi...Al-hamdulillah..rumah didalam keadaan yg baik2 aje..cuma...Sawang2 kelihatan byk di sudut2 dinding....Sabar jela..

Letak je barang semua, kami berdua terus mulakan operasi mengemas rumah..hnya kami berdua sahaja..korang bayangkanlah..betapa penatnye kami..dah la dengan penat duk dalam bas selama 9jam belum hilang..trus beroperasi mengemas rumah...apepn, kami akhiri kerja jam jam 1tgahari..Kawan yna dh surrender dulu..kepenatan....kesian kat kami kn??..padahal dalam hati ni ALLAH je yg tahu taw..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..

Then, kami bersiap tuk beli barang kt TESCO, mergong..kedah darul aman..Msti krg pk kitorg xletih kn??..


- Tesco di mergong Alor Setar -

Malam tu, kami berdua sahaja..sebab rumah sewa yg kami tinggalkan masih ade kekosongan..kena wt iklan tuk menyewa rumah ni...dengan bil api yg melambung..mana la kami nk carik duit tuk bayar..hurm..malam tu xbleh tido sebab yelah..dh 2bulan syok tido kt katil sendiri kn..dengan dada yang sakit..xboleh langsung nk tido..Ya Allah..seksanya...esok tu yNa mula batuk2..kawan yna pon sakit jugak..melarat batuk sampai hari ni..

Susah sangat nak dapatkan org tuk menyewa rumah sewa yna ni..Dugaan btol..mula2 mmg dh give up..tp, memikirkan amanah yang telah diberikan..kena harungi segala apa yg berlaku dengan penuh kesabaran..Nasib baik la kuliah lum mula lagi..bolehla nak prepare ape yg patot..Rindu sgt kat Rumah..

Korang nak tahu tak hari ni dh Ckup 2hari ibu yna masuk wad..sebab nak operate mata ibu..ada masalah AIR MATA KERING..Hurm..apepn..yna doakan semoga ibu selamat menjalani operation tu..

- Bonda Yna..I miss u Mom :) -

- Bonda n Anakandanya yang tersayang -

Apepn, yna berharap semua masalah yang yNa hadapi ni dipermudahkan urusan olehNya..Agar mudah tuk Yna menimba ilmu di bumi barokah ini..Lastly, yna tujukan lagu ni khas tuk Ibu yna yg tersayang..dengarkanlah..

- Kelahiran by- Adi putra -

Yna akan balik melaka sebelum puasa ni..nanti kita masak sama2 tuk juadah SAHUR ye ibu...yna amat merinduimu...Ya allah..kau lindungilah ibu ku di sana..hanya kau yang mampu menjaga ibuku dengan sepenuhnya...Lots of love..Your daughter..NOORLIYANA ..

Sekian, Wassalam 

Friday 8 July 2011

Warkah di Bulan JULAI :)

Hai Frenz..Rindu kn yNa x??..meh cni baca Celoteh yNa kali ni okeh :)

Al-kisah..Pada 6julai 2011 Si dia datang Melaka jumpa Yna taw. Wlaupun agak kelewatan sikit tapi, still dapat jumpa..Pada awalnya yna planning tuk turun KL..tp, rancangan di ubah..lgpun dh lme dia xdtg mlaka yg Cantik dan indah ni...hehe..So, tak tw nak pkai baju ape..last2 pakai baju ni aje...Tgok kt bwh ni..

- Simple n Santai -

Tiket bas dia kul 9am tw...bdjet sampai dalam kul 11am. Kebiasaan kalau dia datang melaka mesti yna yg lambat sampai..hahaha..pepn, kali ni kononla nak sampai awal kn....tp, smuanya hanya kecewa..sebab banyak keje yg perlu di siapkan sebelum nk tinggalkan umah..lagi2 masa tu Ibu yna hanya tinggal seorang..nasib baik adek yna yg bongsu tu MC, sebab mata dia sakit..mybe Alahan tu..sian kat adek yNa tu..

- Ni la adeQ yNa yg bongsu, Chumil x..ramai peminat ni..hehe :) -

Then, tgh siap2 ni si dia msg bgtw yg dia dah smpai melaka sentral...aduhh..mmg blur n kelam kabut dibuatnye..yela, jantung debar giler sebab...[mcm first dating] Lak kn...bukan sebab tu...yNa risau dia marah yNa sebab xtepati masa...huhu...dalam hati nekad je kalo dia nk marah..yNa Sedia mendengar..sebab tahu mmg salah yNa....Sorry ye Hubby..

Pastu, sampai2 je sne..trus g kt dia..dari jauh dah nampak dia berpeluk tubuh...pandang yna cam nk tembus ke blkg bdn..hahaha..ingatkn dia nk marah...tp, dia senyum plak..aduh...AWAK ni dah gabra kn...mood dia lak cm biasa je...mula lah Yna garu2 tudung ...pelik dgn BF yNa ni...apepn. syukur sgtlah xkena marah...ngeee~

Then, kami g kenyangkn perut dlu...sempatlah tnya si dia, knapa td xjadi nk marah??..Nak tw x dia jwb ape..???..Mula2 b mmg nk marah tapi, tgok Syg  tu cantik sgt tu yg tiba2 xjadi nk marah...hahahaha..Yna gelak habes dia ckp cmtu...pndai nk jaga hati ak dia ni..:)

- Posing jap hehe -

Next, go g bli tiket WAYANG..dah jnji nk tgok transformer dgn BF yna ni...so, trus g kt JJ baru..tempat dia mmg best...dah macam KLCC...

- Tansformer -

Jam dah hampir Kul 6.30pm..kami singgah Mcd jap...hubby yna dah lame nk mkn bubur ayam mcd..tu yang layankan dia..Fevret dia tu..hmmm...borak2 dh hmpir kul 8mlm..Tiket dia kul 8.30pm..jap je masa berlalu...masa tuk say good bye...hmmmm~

- Bubur kesukaan En.Zuljamal -

- Nyum2 sedap taw -

Apepn, yNa hepi sebab dapat jumpa dia..kami bincang macam2 ttg hubungan kami..Harap semuanya berjalan dengan lancar..amin..

Sebelum yNa stop..yNa suka plak lagu SENJA NAN MERAH, sebab tiap kali kami karaoke mesti dia PILIH lagu ni...so, yNa try la layan n hayati...kalo korg nak tw ape yg best sgt lagu ni...tryla dengar taw...:)

Lagu senja nan Merah by- Awie & Ziana zain

Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa... terasa

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian

Haruskah kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah

Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah

Oklah semua, Yna dah lambat ni...nak siap2 tuk balik ke KEDAH mlm ni...tiket kul 9pm..Korang doakan yna selamat sampai ye...kalo yna ada salah silap..maafkan yNa tw....nanti kita jumpa lagi...bye semua..Luv u my FrenZ..n very important to MY DARLING ZULJAMAL...i miss u damn much!! daaa~



Monday 4 July 2011

KISAH SAYA SELAMA 2BULAN CUTI SEMESTER DI RUMAH

Hai, semua..Assalamualaikum..lame sangat dah tak UPDATE blog ni..mula2 ase malas sangat...tp, kegigihan hati ni melawan semua kemalasan yg melanda..hehe..hmm, rini nk citer sal ape ha??...korg taw x?...cmnila yna nk cite sket tentang apa yang berlaku sejak yna cuti 2bulan kt rumah ni....AL-kisah...

- Menanti dan terus menanti-

Betulkah penantian itu suatu penyiksaan??..jwpnnya YA..sbb di situ Allah nk menguji Tahap kesabaran seseorang itu..Mula2 mmg penat n GIVE-UP sgt nk tggu duit PTPTN dpt...last2 bila dh dapat trus blur..xtaw apa nk buad dgn duit yg byk cmtu...ape lagi..planning mau DAFTAR HAJI..harap2 segala yang dirancangkan akn berjalan dengan lancar..amin..

-Wah, byk kn duit Yna...Apepn..iBu pesan kena jimat-cermat-

Kalau nak di ceritakan tentang Semuanya mmg bosan lah korang nk baca apa yg yna tulis ni..xpe2..baca pelan2 ye...yna sje nk share apa yg yna rasa..xpaksa pun tuk baca aw..Lgpn, SHARING is CARING kn???...hehehe :)

Hari ni jugak dh genap 5hari Tanpa FB..huhu..cam xcaye je kn?..Yna nk sahut cabaran SI DIA untuk tidak On FB selama 1bulan..bermula dari 1Jul 2011...Itu hanya perkara paling mudah bagi diri yna la En.Zul :) Yna tahu sebab dan musabab Si dia mintak yna buad camni..Sebab dia SAYANGKAN yna...ILY so Much laaa..

Haa..korg nak kenal tak dengan orang yg istimewa dalam hidup yna??...Jom tgok Insan yang di bawah ni..-.-

- Darl Yna -

Nama dia ni ZULJAMAL..ms dia kecik lagi jiran2 panggil dia APIS KECIK..Sebab badan dia sentiasa kecik..Kecik2 pun Gagah tau orangnye..Kuat makan Ya rabbi..hehe...jgn marah tw sayang Zul :) dia jugak seorang yang Pemalu + Kuat Merajuk + Suke tolong org yg dalam kesusahan + Amat setia dan dialah FIRST LUV Yna taw...Saya hanya ingin dia..tanak orang lain..Picture ni di ambil masa Yna jumpa dia di KL 16Jun 2011..Payah nak snap pic dia aw..sebab dia bukan seorang kaki bergambar...tak macam Makwe dia ni...huhu -.-


- Zulyana 4eva -

Memori 16jun 2011 masih terpahat di hati yNa tw.. kata org dalam sesuatu hubungan tu kena Berkorban tuk kebahagian org tersayang kan??...So, 1hari kami habeskan masa bersama..THANX B..lebiu :) Jom2...byk lagi yna nk STory Mory ni...

- Best tgok orang berkayak kt tasik ni -

- Air pancut kt Titiwangsa -

- Benti rehat jap -

Dah penat berjalan...stop jap la...sempat lagi snap pic..spe lagi jadi mangsa yna...si dia la.. huhu :) Then, kami trus balik la...hari dah petang woo..nak balik melaka pulak..jom!! 

- Ni la Terminal Bandar Tasik Selatan -

Kali pertama jejak kaki kat cni..besar tempat dia..mmg gempaQ..tp, sayang la xramai orang yang turun di Terminal ni..Bukan ke ni di namakan MEMBAZIR wang sahaja...huhu..520 JUTA tuh..isk3..

Sebelum balik sempat makan kat food court TSB tu..dalam terminal ni mcm2 restoran ade...Western Food sgt byk tw..Tp, pilihan yna adalah..Jom kita lihat kat bawah ni...

- Nasi Kerabu pilihan YNA yg berharga RM3.50 -
- Laksa Johor pilihan Zuljamal berharga RM3.00 -

Then, dah kenyang makan..masa tuk pulang...tiket kul 6-30pm..Rase berat nak tinggalkan si dia..hmm, sebab dh 3bulan tak jumpa...masing2 sibuk dengan family..bilakah akn bertemu lagi wahai ZULJAMAL ku??...Sempat lagi Candit pic dia...

- Ape yang di menungkan tu En.Zul..:) -

Aduh...penat plak rasenya menaip ni..takpelah yna stop kt cni dlu ye...Nanti yna akan selalu meng UPDATE blog ni sebab FB dah xleh on hehe...Tuk awak yang selalu meyayangi diri Yna ni...yna ade lagu tuk awk dengar ni tw...ZULJAMAL :)


TAYLOR SWIFT- MINE


Oh oh oh oh oh
Oh oh oh oh oh

You were in college working part time waitin' tables.
Left a small town, never looked back
I was a flight risk
With the fear of falling
Wonderin' why we botherd with love.
If it never lasts.

I say, can you believe it?
As we're lying on the couch
The moment I can see it
Yes, yes
I can see it now


Do you remember we were sittin' there by the water
You put your arm around me for the first time
You made a rebel of a careless mans careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Flashforward and we're takin' on the world together
And there's a drawer of my things at your place
You learn my secrets and you figure out why I'm guarded.
You say we'll never make my parents mistakes.

But we got bills to pay
We got nothing figured out
When it was hard to take
Yes, yes
This is what I thought about

Do you remember we were sittin' there by the water
You put your arm around me for the first time
You made a rebel of a careless mans careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Do you remember all the city lights on the water
You saw me, start to believe for the first time
You made a rebel of a careless mans careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Oh oh oh oh oh

And I remember that fight 2:30 AM
'Cause everything was slipping right out of our hands
I ran out crying and you followed me out into the street

Braced myself for the goodbye
'Cause it's all I've ever known
And you took me by surprise
You said I'll never leave you alone

You said,
I remember how we felt sittin' by the water
And every time I look at you, it's like the first time
I fell in love with a careless mans careful daughter
She is the best thing that's ever been mine

Hold on, make it last
Hold on, never turn back

You made a rebel of a careless mans careful daughter.
(Hold on, make it last)
You are the best thing that's ever been mine
(Hold on)

Hold on

Do you believe it
Hold on
We're gonna make it now
Hold on

And I can see it
Yeah, yeah
See it now (x3)

Ok la semua..hope korg Enjoy dgn crita Yna kali ni...daaa~